Majalah Der Spiegel hina Erdogan dan Umat Islam
Turki,mengecam majalah Jerman Der Spiegel yang dianggap telah memfitnah Presiden Recep Tayyip Erdoğan pada cover majalah.
Jurucakap Kementrian Luar Negeri Turki Tanju Bilgiç yang membuat kenyataan mengenai perkara ini juga melaporkan bahawa Der Spiegel juga mewujudkan persepsi negatif mengenai Islam.
Bilgiç mengatakan bahawa cover majalah yang bertujuan untuk mencoreng wajah Turki.
Bilgiç;
''Majalah Der Spiegel terlihat ingin mencoreng wajah negara kita,dalam beberapa waktu, media Eropah mewujudkan imej baru yang diptarbelitkan dan berat sebelah yang bertujuan untuk menghancurkan negara kita. Cover majalah khas ini bersifat amat profokatif,bukan sahaja mengenai Turki,namun juga memiliki persepsi negatif mengenai Islam'' katanya.
Bilgiç menambahkan;
''Kami juga mengutuk usaha untuk memburuk-burukkan Presiden terpilih,Recep Tayyip Erdoğan,dengan definisi berbeza'' katanya.
Pada cover majalah Der Spiegel edisi khas,selain tampak gambar Erdoğan,terdapat pula gambar menara masjid yang berbentuk peluru. Sebagai tajuk mereka tuliskan ''Sebuah negara yang kehilangan kebebasan''.
Majalah ini terlihat tidak perduli akan demokrasi Turki yang telah menjadi sasaran percobaan kudeta militer oleh para teroris fethullahist (FETÖ) pada 15 Julai silam.
0 komentar:
Post a Comment