Inilah Zaman Yang Paling Rasulullah Takuti
ZAMAN YANG PALING ROSULULLAH SAW TAKUTI. [Himpunan Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Petanda Kiamat]
~Orang Yang Tak SADARkan DIRI~
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda : “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rusak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rusak di antara mereka” (HR Muslim)
Daripada Anas r.a. Beliau berkata, bersabda Rasulullah SAW “Akan ada pada akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik ” (HR Ibnu Ady)
.
[Orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasik]
Menjual Agama Kerana Dunia
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda : “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi).
0 komentar:
Post a Comment